Rabu, 14 April 2010

Rompak, rompak, rompak di rumah anda!

Mari mengambil pengajaran. Saksikan video berikut:

Robbery in Taman Maluri Cheras
Robbery in Permas Jaya

Take note:

1. Kalau rumah anda menggunakan pintu pagar automatik, pastikan sebaik sahaja kenderaan anda masuk ke kawasan rumah, pintu pagar ditutup kembali secepat mungkin.

2. Jangan keluar dari kenderaan selagi pintu pagar itu tidak tutup sepenuhnya. Perhatikan pintu pagar dengan menggunakan cermin sisi kiri kanan dan cermin pandang belakang utama. Pastikan tidak ada orang asing yang masuk semasa itu.

3. Pastikan barang-barang yang ingin dibawa masuk ke rumah sudah sedia dipegang. Terus keluar dari kenderaan, kunci kenderaan anda dan masuk ke rumah. Kunci pintu rumah dengan segera. Jangan berlengah-lengah mengambil barang di belakang dan sebagainya. Terutamanya jika anda berseorangan dan keadaan gelap/malam. Jika benar-benar perlu mengangkat barang dari tempat duduk belakang atau belakang kenderaan anda, perhatikan keadaan sekeliling dan pastikan tidak ada orang yang mencurigakan (yang menunggu masa untuk melakukan jenayah).

4. Sekiranya anda tidak menggunakan pintu pagar automatik, anda tidak punya banyak pilihan. Pastikan anda menutup dan mengunci pintu pagar dengan secepat mungkin. Terleka satu saat sekalipun boleh menjadi titik permulaan satu jenayah. Berhati-hati ketika keluar dari kenderaan.

5. Semasa memandu pulang, pastikan tidak ada kenderaan yang mengekori anda. Sekiranya ada, jangan pulang ke rumah. Sebaliknya pandu kenderaan anda ke tempat lain, pastikan tempat itu terdapat ramai orang. Lebih baik lagi, pandu terus ke balai polis.

6. Sebelum memasuki kawasan rumah, perhatikan persekitaran rumah. Adakah terdapat kenderaan (atau orang) yang tidak pernah anda lihat sebelum ini berdekatan rumah anda? Adakah terdapat kelainan di kawasan rumah anda? Jika ada, anda harus berhati-hati. Ada baiknya jangan keluar terburu-buru dari kenderaan anda.

7. Serahkan je semua barang berharga kepada si gila yang merompak anda (sekiranya terjadi). Itu lebih baik daripada anda ditetak atau ditikam atau ditembak atau dipukul.

8. Sekiranya terjadi rompakan, cuba perhatikan perompak dengan sebaik mungkin. Ya, semasa keadaan panik, agak sukar merasionalkan pemikiran. Tetapi cuba didik diri anda bermula sekarang, untuk cuba tenang sekiranya menghadapi keadaan cemas. Ingat baju yang dipakainya, suara dan slang percakapannya, kenderaan yang dibawanya dan tanda-tanda lain yang boleh membantu penangkapannya (tinggi, warna kulit, parut etc).

9. Kalau anda rasa anda mampu melawan, melawanlah sekuat hati anda. Tetapi ingat, jangan cuba jadi hero kalau anda sendiri tak pasti dengan potensi lawan. Kalau sudah terang-terang nampak parang panjang berkilau dan tajam, tidak perlu bercita-cita menyelamatkan harta benda anda. Nyawa anda lebih penting. Kalau anda yakin anda mampu mencederakan atau memastikan si gila itu tersungkur (tanpa mencederakan diri sendiri atau anda sendiri yang tersungkur), silakan buat apa yang patut.

10. Minimakan tempat yang berpotensi menjadi sarang persembunyian penjenayah. Contohnya semak-samun di hadapan rumah. Atau tiang/tembok yang besar di hadapan rumah. Atau pagar yang tidak nampak luar rumah. Atau longkang/parit di hadapan rumah yang tidak ditutup dengan grill. Dan lain-lain. Orang jahat suka bersembunyi sebelum strike mangsanya!


Things happened. Susah mengelak kejadian seperti ini sekarang kerana semakin lama semakin banyak manusia berani bukan pada tempatnya dan semakin kreatif pula.

BE ALERT! BE AWARE! Ambil langkah berhati-hati. Cuba cegah. Usaha. Doa dilindungi selalu. And the rest? Leave it to The Almighty. He knows the best. Allahu Akbar!

Kalau anda isi minyak...

Gambar hiasan (Google)

To drivers, especially lady drivers. Ini sesuatu yang anda perlu tahu.

Anda selalu mengisi minyak?

Malam, atau siang, bila-bila masa pun kita mesti sentiasa berwaspada.

Kes 1

Seorang pemandu singgah di stesen minyak. Keluar dari kenderaan tanpa mematikan enjin, untuk ke kaunter membuat pembayaran.

Kes 2

Seorang pemandu singgah di stesen minyak. Keluar dari kenderaan tanpa mengunci kenderaannya walaupun kunci berada di dalam genggaman tangannya.

Kes 3

Seorang pemandu singgah di stesen minyak. Keluar dari kenderaan tanpa mengunci kenderaannya walaupun isteri/kawan/anak/orang lain ada di dalam kenderaan tersebut.

Kes 4

Seorang pemandu singgah di stesen minyak untuk mengisi angin tayar kenderaannya. Keluar dari kenderaannya tanpa mengunci pintu atau mematikan enjin.

Apa mungkin terjadi? Katakan anda adalah pemandu itu.

Kejadian 1

Mungkin seorang berhati busuk masuk ke dalam kereta anda dan melarikan kenderaan anda.

Kejadian 2

Mungkin seorang penjenayah masuk ke tempat duduk belakang kenderaan anda dan menyorok. Bila anda memulakan perjalanan, dia mengacukan sebilah pisau atau sepucuk pistol ke tengkuk anda dan mengugut agar anda mengikut arahannya. Boleh jadi dia mahukan kenderaan anda. Atau harta/duit anda. Atau ANDA.

Kejadian 3

Mungkin seorang penjenayah melarikan kenderaan anda bersama isteri/kawan/anak/orang lain yang berada di dalam kenderaan itu.

Kejadian 4

Lain-lain.

Anda sanggup hadapi risiko itu?

Take note:

1. Pastikan anda mengunci kenderaan anda sebaik sahaja keluar untuk membuat pembayaran WALAUPUN kaunter pembayaran hanya 5 meter dari kenderaan anda atau anda menggunakan kad pada mesin di pam bersebelahan kenderaan anda. Jangan anggap jarak yang dekat atau berada dalam lingkungan pandangan mata anda bermakna kenderaan anda selamat.

2. Begitu juga ketika mengisi angin pada tayar kenderaan anda. Anda mungkin tidak menyedari seorang gila telah masuk ke dalam kenderaan anda ketika anda tertunduk-tunduk mengisi angin.

3. Sebelum memasuki kenderaan selepas mengisi minyak atau mengisi angin, pastikan anda memeriksa dalam kenderaan anda. Pantau dari luar, samaada ada manusia gila yang telah masuk ke dalam kenderaan anda, terutamanya di belakang tempat duduk pemandu. Lakukan sesuatu jika ada manusia lain di dalam kenderaan anda. Melainkan jika seorang kawan anda ingin bergurau mesra dengan anda dengan bermain nyorok-nyorok di belakang kerusi pemandu. Ketuk sahaja belakang badannya.

4. Jangan ambil ringan dengan persekitaran yang sibuk dan waktu siang. Kita perlu menganggap walaupun ramai orang di sekeliling, mereka mungkin tidak sedar kita berada di sekitar mereka dan apa yang berlaku kepada kita. Jaga diri sendiri.

5. Kunci pintu kenderaan sebaik sahaja memasukinya. Jangan berlengah. Mungkin ada penjenayah yang sedang menunggu anda masuk ke dalam kenderaan anda dan mahu menyerang anda.

6. Jangan letak beg, duit atau telefon bimbit anda di atas kerusi dan boleh dilihat dari luar dengan jelas. Ini boleh menarik perhatian orang yang berhati busuk atau terdesak.

7. BE ALERT! BE AWARE! Mungkin yang memandu kenderaan di sebelah sana pam minyak anda sedang merancang sesuatu yang jahat. Jangan terpedaya dengan wajahnya yang kacak bergaya atau cantik menawan.

Cubaan mencuri?

Penulis mahu kongsi satu pengalaman sewaktu mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC.

Ahad. 28 Mac 2010. Hari terakhir pesta itu.

Penulis sampai kurang lebih sebelum asar. 4 petang begitu. Kawan-kawan yang bersama penulis berhajat untuk mengeluarkan duit di CIMB. Penulis tidak membawa beg tangan dan hanya memegang telefon bimbit. Penulis berbaju kurung, jadi tak dapat simpan telefon bimbit dalam pocket.

Sebaik memasuki bangunan PWTC di pintu masuk berdekatan booth In-Team, kami terus menuju ke arah bank yang tak jauh dari situ. Dalam kesesakan orang ramai, penulis terasa tangan kanan penulis yang memegang telefon bimbit seakan disentuh.

Seorang lelaki yang rendah-rendah, sedang bercakap telefon. Dia mengangkat tangan sejurus terperasan yang tangannya telah tersentuh tangan penulis. Secara sekali imbas, penulis seakan melihat dia sebenarnya cuba memimpin tangan seorang kanak-kanak (tapi tersilap capai tangan penulis?). Okey, penulis maafkan sebab tak disengajakan dan terus buat tak tahu. Berprasangka baik itu perlu. Penulis juga perasan yang lelaki itu memegang sebuah beg kecil pada tangannya. Boleh sumbat 5-6 telefon bimbit dan wallet kot?

Sebaik kawan-kawan penulis selesai urusan di bank, kami terus melangkah ke arah pentas utama PWTC, dan there you go! Again! Tangan penulis disentuh sekali lagi oleh lelaki yang sama. So much of a coincidence, huh?

He wanted to play, so let me play with him.

Penulis (seperti biasa) lebih suka memerhati berbanding melakukan sesuatu di luar dugaan. Penulis dan kawan-kawan berjalan perlahan menuju ke escalator. Penulis rasa, elok diperhatikan dulu mamat mencurigakan ni sambil pesan kepada kawan-kawan tolong jaga beg tangan masing-masing. Peluk beg tangan, lebih selamat (walaupun nampak tak bergaya).

Penulis perhatikan mamat tu seakan mengekori. Sambil pura-pura bercakap telefon. Oh, this is something interesting! Jadi penulis berhenti dan buat-buat menunggu sesuatu. Dia pun berhenti. Kawan-kawan terasa pelik. Dan penulis diam dulu. Penulis tarik tangan kawan-kawan dan ajak menaiki escalator yang satu lagi. Dan surprise, surprise, mamat itu ikut juga. Jadi penulis pusing balik dan ke tempat asal. Penulis biarkan mamat ni bermain permainannya sendiri.

Penulis minta kawan-kawan lebih alert, dan cari seorang lelaki yang dari tadi ikut kami. Mereka baru terperasan. Dan kami naik escalator lalu terus berjalan sambil jeling-jeling kalau-kalau mamat mencurigakan ni masih mengikut. Dan dia jalan lambat-lambat. Mungkin dah bosan, atau sebenarnya penulis yang buruk sangka. Dia hilang ditinggal langkah kami yang semakin laju.

Selesai membeli, selepas paling kurang dua jam, kami turun ke bawah dan berhajat untuk pulang. Hujan. Memaksa kami menunggu di luar sekejap.

What a surprise? Mamat mencurigakan ada di depan mata sedang jenguk-jenguk gerai makanan di situ. Kami buat keputusan untuk memerhatikan. Oh, dia tak beli apa-apa.

Kami ikut dia dan dia hilang di satu sudut. Kami menyambung langkah ke The Mall untuk makan. Dan atas nama Tuhan, penulis nampak dia sekali lagi di The Mall, sedang beredar daripada sebuah kedai telefon bimbit. Penulis pujuk hati untuk berprasangka baik.

Logiknya:

Dua kali menyentuh tangan penulis bukanlah satu kebetulan.

Dua kali itu juga si lelaki sedang (berpura-pura) bercakap telefon.

Apa signifikannya berjalan arah yang sama dengan kami, sedangkan kami berjalan tanpa arah (dan dia pun tahu)?

Selepas kami selesai round satu PWTC, kami berjumpa dengannya kembali TANPA satu beg plastik atau buku pun pada tangannya. Window shopping je ye?

Apa ada dalam beg yang dibimbitnya? *curious*

Baiklah, kita ambil pendekatan untuk berprasangka baik. Malah penulis tidak ada bukti untuk menuduhnya yang bukan-bukan.

Take note:

1. Bila bersesak-sesak di tempat yang banyak orang, pastikan beg (dan saku/pocket) anda berada dalam keadaan selamat.

2. Walaupun hanya tersentuh sedikit, pastikan anda perhatikan siapa yang menyentuh anda. Boleh jadi ketika itu beg duit atau handphone anda sudah diambil. Cepat-cepat periksa beg dan saku anda.

3. Bawa beg yang berzip. Jangan guna beg yang terbuka. Walaupun ini tidak menghalang kejadian curi berlaku, sekurang-kurangnya menyusahkan sedikit kerja-kerja curi itu dilakukan.

4. Berprasangka baik itu memang dituntut, tetapi sila berhati-hati terutamanya bila hati anda sudah mencurigai sesuatu. Boleh jadi instinct anda memang betul.

5. Perhatikan orang yang nampak seperti tidak ada arah tuju. You can tell by the way they act. Kadang-kadang bercakap telefon je memanjang. Atau asyik-asyik pusing di tempat yang sama. Mungkin itu pemangsa yang sedang mencari targetnya. Cuma, jangan sangka yang nampak sangat pasti dengan halatujunya itu tidak punya niat jahat. Mungkin dia pencuri yang bergaya.

6. BE ALERT! BE AWARE! Perhatikan orang di sekeliling anda. Walaupun mak cik bertudung labuh atau pak haji berkopiah dan ada tanda hitam di dahi! We never know..!

Hari itu juga, satu pengumuman telah dibuat pihak urusetia KLIBF yang bergema satu PWTC, "Kepada sesiapa yang menjumpai sepasang Arab berpakaian hitam, sila laporkan kepada urusetia kerana mereka telah mencuri buku."

See?

Selasa, 13 April 2010

Curi beg dengan bergaya

To women especially, please be aware of those morons who might be interested in your handbags!

Click Here!

Boleh tengok video di atas untuk memahami modus operandi kaki curi. Video itu hanya satu daripada beribu-ribu kejadian lain yang berlaku setiap hari.

Perhatikan:

Sekurang-kurangnya 4 orang berada di meja tersebut, malah 2 daripadanya berada pada kedudukan yang sepatutnya nampak apa yang terjadi.

Kedai tersebut agak sibuk dan terdapat ramai orang. Sepatutnya ada orang yang nampak kejadian itu berlaku.

Sekurang-kurangnya 3 orang yang terlibat dalam kejadian ini:
1 Perempuan yang berperanan sebagai tukang check line clear atau tak.
2 Lelaki yang memegang sehelai kot/jacket sebagai tukang cover line.
3 Perempuan yang berperanan sebagai tukang curi beg.

Caranya mudah, 3 manusia durjana tersebut masuk ke kedai, pura-pura melihat sekeliling atau cari orang atau only-God-knows-what, yang lelaki berperanan untuk back-up wanita (berskirt) dengan cuba menutup (guna kot/jacket) tindakan wanita tersebut mengambil beg dari belakang kerusi. Yang seorang lagi cuma bertindak sebagai guard dan dalam masa yang sama cover line juga. Brilliant, huh? *tepuk-tepuk* Brilliant!

So, how come no one actually realized what had happened?

Berlaku hanya dalam masa yang singkat. Tanpa disedari sesiapa. (Video tu telah difast-forwardkan, dan kurang jelas. Sila perhatikan betul-betul.)

Take note:
  1. Jangan letak beg anda WALAUPUN di belakang badan anda ketika duduk (seperti dalam video). Pastikan beg anda sentiasa di atas riba anda.
  2. Kalau letak di belakang anda (walaupun atas kerusi dan anda rasa tentu anda perasan kalau ada yang cuba ambil) TAK BOLEH, apatah lagi di bawah meja/kerusi. JANGAN sesekali letak beg anda di bawah kerusi/meja.
  3. Seboleh-bolehnya pilih tempat duduk yang sesuai dan selamat. Sebelum duduk, pastikan anda nilai tahap kebarangkalian tempat itu mudah diambil kesempatan atau tidak. Ini bergantung kepada analytical thinking anda juga. Dan of course, ada masanya kita tidak ada pilihan untuk duduk di mana. Adalah lebih baik kalau kita dapat duduk di tempat yang dapat melihat semua sudut kedai tersebut supaya lebih alert dengan persekitaran.
  4. BE ALERT! BE AWARE! Bukan sekadar kepada diri sendiri, tetapi juga kepada siapa yang bersama anda. Mak, kakak, adik, ayah, sepupu, girlfriend, kawan, suami atau sesiapa saja termasuk manusia lain di meja sebelah walaupun anda tak kenal mereka. The world needs more than just homosapiens, the world need humans!
Reminder: Kadang-kadang orang yang berniat busuk rupanya seperti orang biasa. Malah lebih innocent. It is all a game. So, please do not be fool by them.

Be Alert! Be Aware!

I hope this blog will contribute something to the community and the world at large.

We need to be alert, and be aware of our surroundings.

Insya-Allah, may it brings good to the world.