Click Here!
Boleh tengok video di atas untuk memahami modus operandi kaki curi. Video itu hanya satu daripada beribu-ribu kejadian lain yang berlaku setiap hari.
Perhatikan:
Sekurang-kurangnya 4 orang berada di meja tersebut, malah 2 daripadanya berada pada kedudukan yang sepatutnya nampak apa yang terjadi.
Kedai tersebut agak sibuk dan terdapat ramai orang. Sepatutnya ada orang yang nampak kejadian itu berlaku.
Sekurang-kurangnya 3 orang yang terlibat dalam kejadian ini:
1 Perempuan yang berperanan sebagai tukang check line clear atau tak.
2 Lelaki yang memegang sehelai kot/jacket sebagai tukang cover line.
3 Perempuan yang berperanan sebagai tukang curi beg.
Caranya mudah, 3 manusia durjana tersebut masuk ke kedai, pura-pura melihat sekeliling atau cari orang atau only-God-knows-what, yang lelaki berperanan untuk back-up wanita (berskirt) dengan cuba menutup (guna kot/jacket) tindakan wanita tersebut mengambil beg dari belakang kerusi. Yang seorang lagi cuma bertindak sebagai guard dan dalam masa yang sama cover line juga. Brilliant, huh? *tepuk-tepuk* Brilliant!
So, how come no one actually realized what had happened?
Berlaku hanya dalam masa yang singkat. Tanpa disedari sesiapa. (Video tu telah difast-forwardkan, dan kurang jelas. Sila perhatikan betul-betul.)
Take note:
- Jangan letak beg anda WALAUPUN di belakang badan anda ketika duduk (seperti dalam video). Pastikan beg anda sentiasa di atas riba anda.
- Kalau letak di belakang anda (walaupun atas kerusi dan anda rasa tentu anda perasan kalau ada yang cuba ambil) TAK BOLEH, apatah lagi di bawah meja/kerusi. JANGAN sesekali letak beg anda di bawah kerusi/meja.
- Seboleh-bolehnya pilih tempat duduk yang sesuai dan selamat. Sebelum duduk, pastikan anda nilai tahap kebarangkalian tempat itu mudah diambil kesempatan atau tidak. Ini bergantung kepada analytical thinking anda juga. Dan of course, ada masanya kita tidak ada pilihan untuk duduk di mana. Adalah lebih baik kalau kita dapat duduk di tempat yang dapat melihat semua sudut kedai tersebut supaya lebih alert dengan persekitaran.
- BE ALERT! BE AWARE! Bukan sekadar kepada diri sendiri, tetapi juga kepada siapa yang bersama anda. Mak, kakak, adik, ayah, sepupu, girlfriend, kawan, suami atau sesiapa saja termasuk manusia lain di meja sebelah walaupun anda tak kenal mereka. The world needs more than just homosapiens, the world need humans!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan