Rabu, 14 April 2010

Cubaan mencuri?

Penulis mahu kongsi satu pengalaman sewaktu mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC.

Ahad. 28 Mac 2010. Hari terakhir pesta itu.

Penulis sampai kurang lebih sebelum asar. 4 petang begitu. Kawan-kawan yang bersama penulis berhajat untuk mengeluarkan duit di CIMB. Penulis tidak membawa beg tangan dan hanya memegang telefon bimbit. Penulis berbaju kurung, jadi tak dapat simpan telefon bimbit dalam pocket.

Sebaik memasuki bangunan PWTC di pintu masuk berdekatan booth In-Team, kami terus menuju ke arah bank yang tak jauh dari situ. Dalam kesesakan orang ramai, penulis terasa tangan kanan penulis yang memegang telefon bimbit seakan disentuh.

Seorang lelaki yang rendah-rendah, sedang bercakap telefon. Dia mengangkat tangan sejurus terperasan yang tangannya telah tersentuh tangan penulis. Secara sekali imbas, penulis seakan melihat dia sebenarnya cuba memimpin tangan seorang kanak-kanak (tapi tersilap capai tangan penulis?). Okey, penulis maafkan sebab tak disengajakan dan terus buat tak tahu. Berprasangka baik itu perlu. Penulis juga perasan yang lelaki itu memegang sebuah beg kecil pada tangannya. Boleh sumbat 5-6 telefon bimbit dan wallet kot?

Sebaik kawan-kawan penulis selesai urusan di bank, kami terus melangkah ke arah pentas utama PWTC, dan there you go! Again! Tangan penulis disentuh sekali lagi oleh lelaki yang sama. So much of a coincidence, huh?

He wanted to play, so let me play with him.

Penulis (seperti biasa) lebih suka memerhati berbanding melakukan sesuatu di luar dugaan. Penulis dan kawan-kawan berjalan perlahan menuju ke escalator. Penulis rasa, elok diperhatikan dulu mamat mencurigakan ni sambil pesan kepada kawan-kawan tolong jaga beg tangan masing-masing. Peluk beg tangan, lebih selamat (walaupun nampak tak bergaya).

Penulis perhatikan mamat tu seakan mengekori. Sambil pura-pura bercakap telefon. Oh, this is something interesting! Jadi penulis berhenti dan buat-buat menunggu sesuatu. Dia pun berhenti. Kawan-kawan terasa pelik. Dan penulis diam dulu. Penulis tarik tangan kawan-kawan dan ajak menaiki escalator yang satu lagi. Dan surprise, surprise, mamat itu ikut juga. Jadi penulis pusing balik dan ke tempat asal. Penulis biarkan mamat ni bermain permainannya sendiri.

Penulis minta kawan-kawan lebih alert, dan cari seorang lelaki yang dari tadi ikut kami. Mereka baru terperasan. Dan kami naik escalator lalu terus berjalan sambil jeling-jeling kalau-kalau mamat mencurigakan ni masih mengikut. Dan dia jalan lambat-lambat. Mungkin dah bosan, atau sebenarnya penulis yang buruk sangka. Dia hilang ditinggal langkah kami yang semakin laju.

Selesai membeli, selepas paling kurang dua jam, kami turun ke bawah dan berhajat untuk pulang. Hujan. Memaksa kami menunggu di luar sekejap.

What a surprise? Mamat mencurigakan ada di depan mata sedang jenguk-jenguk gerai makanan di situ. Kami buat keputusan untuk memerhatikan. Oh, dia tak beli apa-apa.

Kami ikut dia dan dia hilang di satu sudut. Kami menyambung langkah ke The Mall untuk makan. Dan atas nama Tuhan, penulis nampak dia sekali lagi di The Mall, sedang beredar daripada sebuah kedai telefon bimbit. Penulis pujuk hati untuk berprasangka baik.

Logiknya:

Dua kali menyentuh tangan penulis bukanlah satu kebetulan.

Dua kali itu juga si lelaki sedang (berpura-pura) bercakap telefon.

Apa signifikannya berjalan arah yang sama dengan kami, sedangkan kami berjalan tanpa arah (dan dia pun tahu)?

Selepas kami selesai round satu PWTC, kami berjumpa dengannya kembali TANPA satu beg plastik atau buku pun pada tangannya. Window shopping je ye?

Apa ada dalam beg yang dibimbitnya? *curious*

Baiklah, kita ambil pendekatan untuk berprasangka baik. Malah penulis tidak ada bukti untuk menuduhnya yang bukan-bukan.

Take note:

1. Bila bersesak-sesak di tempat yang banyak orang, pastikan beg (dan saku/pocket) anda berada dalam keadaan selamat.

2. Walaupun hanya tersentuh sedikit, pastikan anda perhatikan siapa yang menyentuh anda. Boleh jadi ketika itu beg duit atau handphone anda sudah diambil. Cepat-cepat periksa beg dan saku anda.

3. Bawa beg yang berzip. Jangan guna beg yang terbuka. Walaupun ini tidak menghalang kejadian curi berlaku, sekurang-kurangnya menyusahkan sedikit kerja-kerja curi itu dilakukan.

4. Berprasangka baik itu memang dituntut, tetapi sila berhati-hati terutamanya bila hati anda sudah mencurigai sesuatu. Boleh jadi instinct anda memang betul.

5. Perhatikan orang yang nampak seperti tidak ada arah tuju. You can tell by the way they act. Kadang-kadang bercakap telefon je memanjang. Atau asyik-asyik pusing di tempat yang sama. Mungkin itu pemangsa yang sedang mencari targetnya. Cuma, jangan sangka yang nampak sangat pasti dengan halatujunya itu tidak punya niat jahat. Mungkin dia pencuri yang bergaya.

6. BE ALERT! BE AWARE! Perhatikan orang di sekeliling anda. Walaupun mak cik bertudung labuh atau pak haji berkopiah dan ada tanda hitam di dahi! We never know..!

Hari itu juga, satu pengumuman telah dibuat pihak urusetia KLIBF yang bergema satu PWTC, "Kepada sesiapa yang menjumpai sepasang Arab berpakaian hitam, sila laporkan kepada urusetia kerana mereka telah mencuri buku."

See?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan