Rabu, 14 April 2010

Kalau anda isi minyak...

Gambar hiasan (Google)

To drivers, especially lady drivers. Ini sesuatu yang anda perlu tahu.

Anda selalu mengisi minyak?

Malam, atau siang, bila-bila masa pun kita mesti sentiasa berwaspada.

Kes 1

Seorang pemandu singgah di stesen minyak. Keluar dari kenderaan tanpa mematikan enjin, untuk ke kaunter membuat pembayaran.

Kes 2

Seorang pemandu singgah di stesen minyak. Keluar dari kenderaan tanpa mengunci kenderaannya walaupun kunci berada di dalam genggaman tangannya.

Kes 3

Seorang pemandu singgah di stesen minyak. Keluar dari kenderaan tanpa mengunci kenderaannya walaupun isteri/kawan/anak/orang lain ada di dalam kenderaan tersebut.

Kes 4

Seorang pemandu singgah di stesen minyak untuk mengisi angin tayar kenderaannya. Keluar dari kenderaannya tanpa mengunci pintu atau mematikan enjin.

Apa mungkin terjadi? Katakan anda adalah pemandu itu.

Kejadian 1

Mungkin seorang berhati busuk masuk ke dalam kereta anda dan melarikan kenderaan anda.

Kejadian 2

Mungkin seorang penjenayah masuk ke tempat duduk belakang kenderaan anda dan menyorok. Bila anda memulakan perjalanan, dia mengacukan sebilah pisau atau sepucuk pistol ke tengkuk anda dan mengugut agar anda mengikut arahannya. Boleh jadi dia mahukan kenderaan anda. Atau harta/duit anda. Atau ANDA.

Kejadian 3

Mungkin seorang penjenayah melarikan kenderaan anda bersama isteri/kawan/anak/orang lain yang berada di dalam kenderaan itu.

Kejadian 4

Lain-lain.

Anda sanggup hadapi risiko itu?

Take note:

1. Pastikan anda mengunci kenderaan anda sebaik sahaja keluar untuk membuat pembayaran WALAUPUN kaunter pembayaran hanya 5 meter dari kenderaan anda atau anda menggunakan kad pada mesin di pam bersebelahan kenderaan anda. Jangan anggap jarak yang dekat atau berada dalam lingkungan pandangan mata anda bermakna kenderaan anda selamat.

2. Begitu juga ketika mengisi angin pada tayar kenderaan anda. Anda mungkin tidak menyedari seorang gila telah masuk ke dalam kenderaan anda ketika anda tertunduk-tunduk mengisi angin.

3. Sebelum memasuki kenderaan selepas mengisi minyak atau mengisi angin, pastikan anda memeriksa dalam kenderaan anda. Pantau dari luar, samaada ada manusia gila yang telah masuk ke dalam kenderaan anda, terutamanya di belakang tempat duduk pemandu. Lakukan sesuatu jika ada manusia lain di dalam kenderaan anda. Melainkan jika seorang kawan anda ingin bergurau mesra dengan anda dengan bermain nyorok-nyorok di belakang kerusi pemandu. Ketuk sahaja belakang badannya.

4. Jangan ambil ringan dengan persekitaran yang sibuk dan waktu siang. Kita perlu menganggap walaupun ramai orang di sekeliling, mereka mungkin tidak sedar kita berada di sekitar mereka dan apa yang berlaku kepada kita. Jaga diri sendiri.

5. Kunci pintu kenderaan sebaik sahaja memasukinya. Jangan berlengah. Mungkin ada penjenayah yang sedang menunggu anda masuk ke dalam kenderaan anda dan mahu menyerang anda.

6. Jangan letak beg, duit atau telefon bimbit anda di atas kerusi dan boleh dilihat dari luar dengan jelas. Ini boleh menarik perhatian orang yang berhati busuk atau terdesak.

7. BE ALERT! BE AWARE! Mungkin yang memandu kenderaan di sebelah sana pam minyak anda sedang merancang sesuatu yang jahat. Jangan terpedaya dengan wajahnya yang kacak bergaya atau cantik menawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan