Rabu, 14 April 2010

Rompak, rompak, rompak di rumah anda!

Mari mengambil pengajaran. Saksikan video berikut:

Robbery in Taman Maluri Cheras
Robbery in Permas Jaya

Take note:

1. Kalau rumah anda menggunakan pintu pagar automatik, pastikan sebaik sahaja kenderaan anda masuk ke kawasan rumah, pintu pagar ditutup kembali secepat mungkin.

2. Jangan keluar dari kenderaan selagi pintu pagar itu tidak tutup sepenuhnya. Perhatikan pintu pagar dengan menggunakan cermin sisi kiri kanan dan cermin pandang belakang utama. Pastikan tidak ada orang asing yang masuk semasa itu.

3. Pastikan barang-barang yang ingin dibawa masuk ke rumah sudah sedia dipegang. Terus keluar dari kenderaan, kunci kenderaan anda dan masuk ke rumah. Kunci pintu rumah dengan segera. Jangan berlengah-lengah mengambil barang di belakang dan sebagainya. Terutamanya jika anda berseorangan dan keadaan gelap/malam. Jika benar-benar perlu mengangkat barang dari tempat duduk belakang atau belakang kenderaan anda, perhatikan keadaan sekeliling dan pastikan tidak ada orang yang mencurigakan (yang menunggu masa untuk melakukan jenayah).

4. Sekiranya anda tidak menggunakan pintu pagar automatik, anda tidak punya banyak pilihan. Pastikan anda menutup dan mengunci pintu pagar dengan secepat mungkin. Terleka satu saat sekalipun boleh menjadi titik permulaan satu jenayah. Berhati-hati ketika keluar dari kenderaan.

5. Semasa memandu pulang, pastikan tidak ada kenderaan yang mengekori anda. Sekiranya ada, jangan pulang ke rumah. Sebaliknya pandu kenderaan anda ke tempat lain, pastikan tempat itu terdapat ramai orang. Lebih baik lagi, pandu terus ke balai polis.

6. Sebelum memasuki kawasan rumah, perhatikan persekitaran rumah. Adakah terdapat kenderaan (atau orang) yang tidak pernah anda lihat sebelum ini berdekatan rumah anda? Adakah terdapat kelainan di kawasan rumah anda? Jika ada, anda harus berhati-hati. Ada baiknya jangan keluar terburu-buru dari kenderaan anda.

7. Serahkan je semua barang berharga kepada si gila yang merompak anda (sekiranya terjadi). Itu lebih baik daripada anda ditetak atau ditikam atau ditembak atau dipukul.

8. Sekiranya terjadi rompakan, cuba perhatikan perompak dengan sebaik mungkin. Ya, semasa keadaan panik, agak sukar merasionalkan pemikiran. Tetapi cuba didik diri anda bermula sekarang, untuk cuba tenang sekiranya menghadapi keadaan cemas. Ingat baju yang dipakainya, suara dan slang percakapannya, kenderaan yang dibawanya dan tanda-tanda lain yang boleh membantu penangkapannya (tinggi, warna kulit, parut etc).

9. Kalau anda rasa anda mampu melawan, melawanlah sekuat hati anda. Tetapi ingat, jangan cuba jadi hero kalau anda sendiri tak pasti dengan potensi lawan. Kalau sudah terang-terang nampak parang panjang berkilau dan tajam, tidak perlu bercita-cita menyelamatkan harta benda anda. Nyawa anda lebih penting. Kalau anda yakin anda mampu mencederakan atau memastikan si gila itu tersungkur (tanpa mencederakan diri sendiri atau anda sendiri yang tersungkur), silakan buat apa yang patut.

10. Minimakan tempat yang berpotensi menjadi sarang persembunyian penjenayah. Contohnya semak-samun di hadapan rumah. Atau tiang/tembok yang besar di hadapan rumah. Atau pagar yang tidak nampak luar rumah. Atau longkang/parit di hadapan rumah yang tidak ditutup dengan grill. Dan lain-lain. Orang jahat suka bersembunyi sebelum strike mangsanya!


Things happened. Susah mengelak kejadian seperti ini sekarang kerana semakin lama semakin banyak manusia berani bukan pada tempatnya dan semakin kreatif pula.

BE ALERT! BE AWARE! Ambil langkah berhati-hati. Cuba cegah. Usaha. Doa dilindungi selalu. And the rest? Leave it to The Almighty. He knows the best. Allahu Akbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan